Langkau ke kandungan
Menu

Notis Perlindungan Data Peribadi

Dikemas kini pada 24 September 2026

Baca versi bahasa Inggeris

Muat turun dokumen asal bahasa Inggeris (Word)

Mengenai notis ini

Ini ialah Notis Perlindungan Data Peribadi ("Notis") bagi kedai-kedai pajak gadai berlesen ("Kedai Pajak Gadai").

Sebagai pengguna data, Kedai Pajak Gadai dikehendaki mematuhi prinsip perlindungan data di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA"), termasuk memaklumkan kepada subjek data seperti anda tentang cara kami memproses data peribadi anda.

Notis ini mengawal selia pemprosesan data peribadi anda berhubung dengan penggunaan laman web ini oleh anda. Dengan mengakses atau menggunakan laman web ini atau apa-apa perkhidmatan yang ditawarkan melalui laman web ini ("Perkhidmatan"), anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh kami mengikut cara yang dinyatakan dalam Notis ini. Jika anda tidak bersetuju dengan Notis ini, sila jangan mengakses atau menggunakan laman web kami atau memberikan apa-apa maklumat di dalamnya.

Data peribadi yang kami kumpulkan

Kami mengumpulkan data peribadi yang diberikan oleh anda dan/atau mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh kami, termasuk data peribadi berikut tentang anda:

Identiti anda (termasuk nama, nombor kad pengenalan / nombor pasport / alamat / jantina / kaum / kewarganegaraan anda);

Maklumat hubungan anda (termasuk nombor telefon dan e-mel anda);

Maklumat pembayaran anda (termasuk maklumat kad kredit dan kad debit);

Penggunaan laman web dan Perkhidmatan oleh anda (termasuk tarikh dan masa anda menggunakan Perkhidmatan, halaman yang dilihat dan butiran lain yang berkaitan); dan

Data peranti (termasuk alamat IP peranti dan aktiviti sistem yang lain),

("Data Peribadi").

Sesetengah maklumat dikumpulkan bagi tujuan analisis dan penilaian untuk membantu kami menambah baik laman web dan/atau Perkhidmatan kami dan tidak akan digunakan bersama-sama dengan apa-apa maklumat peribadi lain.

Tujuan pemprosesan data peribadi

Tujuan Data Peribadi anda dikumpulkan dan diproses adalah berbeza-beza dan boleh merangkumi semua atau mana-mana satu atau lebih tujuan berikut:

untuk melengkapkan pendaftaran bagi Perkhidmatan;

untuk memudahkan penggunaan dan akses anda kepada Perkhidmatan;

untuk memproses bayaran yang mungkin anda buat;

bagi tujuan pengesahan dan keselamatan;

bagi tujuan perhubungan dan komunikasi, termasuk menjawab apa-apa pertanyaan dan aduan;

bagi tujuan pelaporan pengurusan, termasuk pematuhan, audit serta penilaian, pengurusan dan pemantauan risiko, dan untuk mematuhi keperluan perundangan;

untuk menyiasat aduan dan transaksi yang disyaki mencurigakan, serta untuk mencegah dan mengesan jenayah;

untuk melindungi atau menguatkuasakan hak kami, termasuk mendapatkan semula apa-apa hutang yang terhutang kepada kami;

bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan am;

untuk memantau dan menganalisis penggunaan laman web oleh anda serta trend lain;

untuk menyesuaikan laman web dan Perkhidmatan yang disediakan di dalamnya mengikut keperluan anda serta menambah baik kedua-duanya;

untuk meningkatkan kefungsian laman web dan menjadikannya lebih mesra pengguna; dan

bagi semua tujuan lain yang berkaitan dengan atau bersampingan dengan tujuan di atas.

Pendedahan data peribadi

Jika perlu, kami boleh mendedahkan data peribadi anda kepada pihak berikut (termasuk pihak di dalam dan di luar Malaysia):

ejen, vendor, perunding dan penyedia perkhidmatan lain (termasuk tetapi tidak terhad kepada penyedia perkhidmatan profesional dan/atau pembayaran) yang menyediakan perkhidmatan, termasuk perkhidmatan pemprosesan data, yang berkaitan dengan tujuan di atas;

ejen dan penasihat anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat profesional), serta mana-mana orang lain yang telah anda maklumkan dan berikan kuasa;

agensi kerajaan / badan berkanun / pihak berkuasa;

penerima serah hak atau bakal penerima serah hak kami serta pengganti dalam hak milik;

mana-mana orang yang tertakluk pada kewajipan kerahsiaan dan telah menerima tanggungjawab untuk memastikan data tersebut dirahsiakan; dan

mana-mana orang semasa atau berkaitan dengan apa-apa penggabungan, penjualan aset syarikat, penyatuan atau penstrukturan semula, pembiayaan atau pemerolehan keseluruhan atau sebahagian perniagaan kami oleh atau ke dalam syarikat lain (jika ada).

Kami tidak mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga yang tidak bersekutu dengan kami tanpa persetujuan anda. Walau bagaimanapun, kami boleh mendedahkan data peribadi anda (di dalam dan di luar Malaysia) dengan suci hati:

untuk mematuhi keperluan kerajaan, agensi penguatkuasaan undang-undang, mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami atau apa-apa perintah mahkamah;

sebagaimana yang perlu atau berkaitan dengan apa-apa proses perundangan;

jika dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang; atau

sebagaimana yang munasabahnya perlu atau wajar untuk melindungi hak, harta atau keselamatan pengguna kami, pekerja kami, pemilik hak cipta, pihak ketiga atau orang awam.

Pilihan anda dan permintaan akses

Anda boleh menolak atau mengehadkan pengumpulan Data Peribadi anda oleh kami. Jika anda ingin menolak pengumpulan tersebut, sila maklumkan kepada kami sebaik sahaja kami meminta Data Peribadi anda. Dalam keadaan sedemikian, sila ambil maklum bahawa anda mungkin tidak dapat menggunakan Perkhidmatan.

Kami akan merekodkan semua maklumat (termasuk Data Peribadi) yang kami kumpulkan daripada anda dalam buku rekod kami, setakat yang dikehendaki oleh Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Anda boleh membuat permintaan berikut pada bila-bila masa sepanjang waktu operasi kami:

pemeriksaan;

pindaan kepada apa-apa maklumat yang tidak lagi terkini atau tidak betul; dan

pemadaman maklumat, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya.

Berhubung dengan permintaan untuk memadamkan maklumat anda, sila ambil maklum bahawa kami hanya akan melaksanakan pemadaman tersebut selepas barang gadaian yang terakhir daripada semua barang gadaian anda telah ditebus, atau dilupuskan dengan cara lain mengikut Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.

Keselamatan

Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyimpan Data Peribadi anda dengan selamat dan terjamin daripada apa-apa kehilangan, kemusnahan dan penyalahgunaan yang tidak disengajakan atau apa-apa pengubahsuaian, akses dan pendedahan tanpa kebenaran. Kami tidak akan menggunakan Data Peribadi anda bagi apa-apa tujuan yang tidak berkaitan dengan tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini.

Hubungi pemegang pajak gadai anda

Untuk membuat apa-apa pertanyaan, aduan atau permintaan bagi mengakses, membetulkan atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda oleh kami, anda boleh menghubungi Pemegang Pajak Gadai anda melalui maklumat hubungan di bawah.

Perubahan kepada notis ini

Kami berhak meminda dan mengubah Notis ini pada bila-bila masa. Apa-apa perubahan kepada Notis ini akan diterbitkan di laman web. Anda hendaklah menyemak Notis kami setiap kali anda mengakses atau menggunakan laman web atau Perkhidmatan kami supaya anda mengetahui versi terkini Notis yang terpakai.

Bahasa

Sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan antara versi bahasa Inggeris dengan versi Bahasa Malaysia bagi notis ini, versi bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai.